assalamualaikum

Shoutbox

BENARKAH CINTA ITU BUTA

     
  HOPE KORANG BACA SAMPAI HABIS,SEBAB PENAT SAYA UPDATE                            PNJANG2....HEHEHE....TERIMA KASIH KERNA SUDIE MEMBACA....

Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan.Seorang filosof Barat,Hendrick berkata,"Mencintai seorang yang tidak mencintai kamu sia-sia,menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya"Cubalah fikirkan....siapa yang paling mencintai kita??Siapakah yang kita sia-siakan selama ini??Fikir....Dan tersentak oleh hakikat itu,kita mula berfikir...barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat,"Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya"....
                                
         Sedarlah,bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita.Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan.Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepadanya.Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terplih,bukan tersisih!!...

                                                          
       Inilah hikmah disebalik kesusahan,kemiskinan,kegagalan,dan termasuklah putus dalam bercinta.Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat-maksudnya bukan sekadar merintih,mengadu,merayu atau minta mati segera.Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati...  

      Janganlah katakan kenapa aku yang kena?Jangan labelkan aku yang malang.Tetapi katakan,aku  yang terpilih.Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa'bbercinta dengan Allah.Memang begitulah rahmat Tuhan,kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan .Putus cinta dengan manusia,tersambung cinta dengan allah...Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada padangan kita belum tentu baik dalam realitinya.Katakan ,dia yang pergi itu bukan yang terbaik.Mungkin dia yang terbaik,tapi untuk orang lain.Dany yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!!..




             Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah diri.Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah.Rasa hina (gagak di rimba)  berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan) .Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada..kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika,lalu berkata,"Tuhan ada!!...
Waktu itu kita terhenyak lalu berkata,"mengapa aku terpaksa menanggung derita ini."Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik ,tercantik,ter...ter...segala-galanya.Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia.Cinta diberikan seluruh nya.Ketika si dia pergi tanpa berpaling,kita berkata,"ya Tuhan,kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini??...

        Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita.Biar sampai menempuh alam perkahwinan,beranak cucu sehingga ke akhir hayat.Segala kata pengukuhan telah diberikan.Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana,dia berpaling tadah.
Sebagai hamba Allah,renungilah maksud firman Allah dalam surah Al-Baqarah..
"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu.Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu.Sedarlah kamu tidak mengetahui,Allah-lah yang lebih mengetahui"..
       Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya.Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif.Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat.Tetapi percayalah ...kita tetap ada Allah.Semuanya dari Allah.Dan segala yang datang dari Allah adalah baik belaka,walaupun belum terselah kebaikannya pada pandangan kita .Namun yakinlah,pandangan kita terbatas,padangan Allah Maha Luas..
Ketika itu lupa segala sumpah setia,aku janji,lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang 'syok' bercinta.Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai.Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kenali kita!)..

     Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.Cubalah anda fikirkan,apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga?Mungkin dihalang oleh orang tua?Mungkin kerana sudah jemu?Macam-macam alasan boleh diberikan...
Ketahuilah,seseorang pernah gagal dalam percintaan,kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi.Tidak pernah dikepalanya sendiri,selamanya diatas kepala orang lain.Pesimis.Prejudis.Bagaimana hendak dihadapi segalanya?.....
(Ingat senikata lagu: Oh tuhanku kau cabutlah nyawaku) Buruk sekali keadaan orang yang frust dalam bercinta.Inilah satu akibat cinta nafsu.Jika kita berani 'memperkosa' kesucian cinta,awas ia akan menunutu balas dengan cara yang kejam...Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir.Hilang semangat juang.Malah ada yang sanggup bunuh diri.
  
     Benarlah kata orang:"Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya,tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya."Justeru,yang minta mati,akibat frust cinta ramai sekali...
    Terlupakah pesan bijak pandai:
 "Cintailah sesuatu itu sekadar saja,berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika,bencilah yang engkau benci sekadar saja"berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika"...
Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah yang pernah paling kita cintai.Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta...
    Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya .Benarlah yang pujangga,"sakit yang paling dasyat ialah mencintai seseorang,tetapi tidak dibalas."Aneh sekali derita sakit putus cinta ini...benci,tapi rindu.Dendam tapi sayang.Dunia terasa sempit,dada terasa mencengkam....Sedarlah bahawa bukan smuaNYA terletak di dalam tangan kita...Ada setengah kita terpaksa lepaskan...

 


                                                                                                  

    
     

No comments:

Post a Comment

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN,JANGAN SAMPAI NASI DAH JADI BUBUR,INGAT SEBELUM TERKENA,