assalamualaikum

Shoutbox

cople

                                                      APA ITU BERCOPLE??
                   

 Becople merupakan satu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini.Bermula dengan saling berpandangan mata,kemudian turun ke hati.Kemudian mereka akan saling menggutus senyuman dan cinta mula berputik.abaila rasa dah cukup sedia ,masing-masing mula "masuk line". Ada yang berbalas-balas nota,bagi yang lebih advance teknologi SMS digunakan.Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah suka-menyukai,mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian cople.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya.Kalau di kelas,buat study gr0up ataupun gr0up discussion.Bagi yang kreatif,kad-kad ucapan hand made yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan.Bagi yang mengikuti peredaran semasa,teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya.Kata ganti diri pada asalnya aku-kau atau yang lebih intim abang - sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu,diibaratkan "makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah "Ungkapan cinta seperti sayang awak, I love u, miss dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka.Sentiasa cerita dan tersenyum gembira,mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati.Ada pasangan serius ,sampaikan sanggup berjanji nak sehidup semati.Sanggup bersumpah ,serta hingga ke akhir hayat.Ada juga yang sekadar bermain-main ,untuk suka-suka,dan sebagainya.Ringkasnya pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang bercople ini.Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jingjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan pelayaran di lautan percintaan masing-masing.


                                                        



                           MENGAPAKAH BERCOPLE ITU HARAM? 

                                                  


Ya mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok.Dini lah timbulnya kontroversi di antara kita.Bagi yang becople sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.Sebagai seorang muslim ,untuk menjawab persoalan ini kita perlulah murujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah SWT iaittu AL-QURAN dan panduan iaitu AS-SUNNAH  yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi muhammad SAW yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.
 Ada yang berkata,Allah yang telah menjadikan makhluknya berpasang-pasangan ,lelaki dan perempuan ,mengapa tidak boleh bercinta dan bercople ?Memang tidak dinafikan ,dalam Al-Quran Allah ada berfiman,seperti dalam Surah Yasin (  36) ayat 36.

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya,baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang mereka tidak ketahui.Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13 
"Hai manusia ,sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seseorang  laki-laki dan seseorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya mereka saling kenal-mengenali.Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.Sesunggunhya Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
 Meskipun begitu,ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Banyak larangan Allah dalam Al-quran yang melarang hubungan-hubungan ini.Percintaan bermula dari mata.Firman Allah dalam surah An-Nur (24) ayat 30

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannye demikian itu adalah lebih suci bagi mereka,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".
Dalam ayat ini,jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara II yang   dilarang ,termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu.Perintah ini bukan ditujukan kepada kamu Adam sahaja.
Dalam ayat yang seterusnya Allah berfiman dalam surah An-Nur (24) ayat 31,Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya.
Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah tingkatan 5,sepatutnya lebih jelas akan perkara ini.Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka,apatah lagi unutk memuaskan nafsu.  
Dalil yang lebih kuat menentang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa (17) ayat 32.
Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah sesuatu jalan yang buruk.

Ayat ini memang cukup popular dikalangan kita.Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab "Kami tidak berzina,kami berbual -bual sahaja"  "Kami keluar makan je " dan "kami main sms saje"
Dan pelbagai 1001 alasan lagi.Para pembaca,silalah teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini ,allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah taqrobuu (jangan hampiri) dan bukannya kalimah "wala ta " maluu" (jangan melakukan) .Ini menunjukkan ,walaupun kita hanya mendekati zina,ia sudah pun HARAM.!! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri disini.Biar kita ambil contoh ,jarak kita dengan dewan adalah 50 meter.Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan,jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter.Inilah dikatakan menghampiri dewan.Jadi bercinta sebelum akhwin dan bercople adalah menghampiri zina dan menghampiri zina adalah HARAM.Ini adalah dalil-dalil daripada Al-quran.Bagaimana pula dengan hadis rasul kita,Nabi Muhammad SAW ? Dalam hadis ,baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.Daripada Abu Hurairah r.a katanya,Nabi SAW bersabda,
Sesungguhnya Allah Taala telah menetapkan nasib anak adam mengenai zina.Tidak mustahil dia pernah melakukan nya.Zina mata ialah memandang.Zina lidah ialah berkata.Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuriti.

Hadis kedua: Abu Hurairah ra dari Nabi SAW sabdanya. .
Nasib anak adam mengenai zina telah ditetapkan.Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Dua mata zinanya memandang,dua telinga zinanya mendengar,lidahnya zina berkata,tangan zinanya memukul,kaki zinanya melangkah.Hatinya zina ingin rindu,sedangkan faraj (kemaluan)  hanya mengikuti atau tidak mengikuti.       
Daripada dua hadis ini,jelas Rasulullah menyenaraikannya bahagian-bahagian zina.Apabila kita memandang si dia dengan sengaja,menatapi wajahnya,dan sebagainya ,zina mata berlaku.Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis seperti puitits,untuk memenangi hati Si Dia ,membuatkan Si Dia tertarik dengan kita,lidah berzina.Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya,telinga berzina.Apabila berpegangan tangan berjalan bersama ke arah menghampiri zina,tangan dan kaki berzina.Tetapi yang paling bahaya ialah apabila kita merindui Si Dia ,memikir-mikirkan tentangnya ,kecantikkannya,ketampanannya,sifat penyayangnya,betapa kecintaannya kepada kita,zina tetap berlaku.Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera ,hati boleh berlaku.Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan,percakapan,pendengaran dan perasaan.Sudah terang lagikan bersuluh,percintaan sebelum berkahwin dan bercople adalah menghampiri zina dan hukumnya  HARAM.
                                                   


HURAIAN INI TIDAK LAH SAYA TUJUKAN PADA SESIAPA..KITA SEMUA SAMA,SAYA JUGE PERNAH DEKATI COPLE INI,TAPI ALHAMDULILAH,SEKARANG SAYA SUDAH MENJAUHI ISTILAH COPLE INI. .
   

No comments:

Post a Comment

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN,JANGAN SAMPAI NASI DAH JADI BUBUR,INGAT SEBELUM TERKENA,