assalamualaikum

Shoutbox

tanda-tanda kematian orang islam

assalamualikum....hari ni kita nak cerita tentang tanda-tanda sebelumkite meninggalkan bumi yang hanya sementara untuk kita ni..hope,korang dapat hayatinya k ...selamat membaca :D

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketaqwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat baginda.Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya ,wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah mamanggil abangnya,iaitu Imam Ahmad Hambal untuk menyambung tugas tersebut.Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya..
   Adapun riwayat-riwayat ini memperlihat kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya ..Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan umat islam dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah .Walaubagaimanapun,semua tanda itu akan berlaku kepada orang islam sahaja manakala orang kafir,iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah.
   Adapuntanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan.Tanda 100 hari sebelum hari mati.Ini adalah tanda pertama  daripadaAllah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.Walaubagaimanapun,semua orang islam akan mendapat tanda ini cuma ada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar.Seluruh tubuh,iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
   Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang lenyap sahaja tanpa bagi merek manfaat.Bagi mereka yang sedar dengan kehadiran tanda ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
   Tanda 40hari sebelum hari mati.Tanda ini juga akan berlaku sesudah ansar.Bahagian pusat kita akan berdenyut-senyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT .Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,maka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujud nya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
    Tanda 7hari.Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ia akan berselera makan.
    Tanda 3hari.Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita,iaitu di antara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi najis dan ini akan memudahkan urusan yang akan memandikan kita nati.Ketika ini mata hitam kita akan bersinar lagi dan bagiorang yang sakit,hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
  Tanda satu hari.Akan berlaku sesudah waktu asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang,iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokannya.Tanda akhir,akan berlaku keadaan di mana kita kan merasakan sesuatu keadaan sejuk di bahagian pusatdan ia akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali keapada Allah semoga kita adalah di antara orang yang terpiliholeh Allah yang akan diberi kesedaran untuk mereka terhadap tanda-tanda mati ini.Semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada daripada Allah mahupun manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang-piutang kita.
   Walaubagaimanapun,sesuai dengan sifat Allah yang Maha Berkuasa lagi Pemurah lagi Maha Mengasihani maka diriwayatkan bahwa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa,iaitu sama ada doa daripada kita sendiri ataupun doa daripada orang lain.Namun ia adalah ketentuan Allah semata-mata.oleh itu,marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredaan allah sama ada di duniamahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu akan datangnya daripada Allah dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

                                      INGATKANLAH KEMATIAN KITA                                                   Ingatlah kematian kita dari detik ke detik dari saat ke saat.Justeru Allah tidak janjikan kematian kita di waktu tua.Begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita disebabkan sakit.Tidak pun sakit bleh mati juga.Hal ini sepatutnya tidak payah diberitahu.Semua orang akan tahu,kan pengalaman bersama. Ada orang mati masa kecil,ada orang mati muda,ada orang mati tua.Ada orang mati tanpa sebab apa-apa,. Sedang rehat-rehat atas kerusi tiba-tiba terlentuk sahaja.Ditengok nafas sudah tiada.Oleh itu janganlah senang-senang hati dengan kematian.Kematian bila-bila masa akan berlaku,Kita tunggulah kematian itu dari nafas ke nafas,.Agar kita tidak ada angan-angan yang melalaikan.Hendak membangun,membangunlah sebelum semua terlambat.Tapi ingat lah waktu itu boleh mati.Hendak maju,majulah tetapi kematian boleh berlaku pada waktu itu.Hendak kejar kekayaan kejarlah.Tidak salah selagi halal tetapi ingatlah mati. Ingatlah mati di dalam sebarang hal.Agar kita tidak lali,jiwa sentiasa takut dan gentar dengan Tuhan Bila jiwa takut dengan Tuhan,kita takut hendak membuat dosa dalam sebarang hal.                                                    
SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN,JANGAN SAMPAI NASI DAH JADI BUBUR,INGAT SEBELUM TERKENA,