assalamualaikum

Shoutbox

aku dan dia

assalamualaikum ,malam ni aku rajin pula nak update pasal I dengan dia ..heheh,tak tahu apa mimpi  aku malam ni..terajin pulak ...agak-agak siapa yang nak baca entry kita hari ni ,mari kita bersantai dulu ..siapa yang tak berminat tu ,tinggalkan jejak saja lah yek ..
emm ,firstly dia asalnya budak felten ..iaitu budak felda tenang.umur dia 19 dah ,jarak antara aku cuma 2 tahun saja ..keluarga aku senang dengan dia ..walaupun dia cakap dengan aku mak ayah nampak garang :D
kalau keluarga dia ,mungkin senang juga kot dengan aku ..entahlah ..mungkin la..itu bagi jawapan aku je ..hehehe,
kami ada kembar ...cuma dia kembar perempuan dan aku kembar seiras ...dia like coklat..wahh ,kalau jodoh kitaorang dipanjangkan ..insyaallah aku boleh balas hantaran dia COKLAT je..hehhe,bagi dia tambah COMEL lagi ...jahat kan aku ..ok ,macam biasalah dia dah kerja dekat tempat lama dia balik ,dekat pjk tenang ..dia ambil shift malam ..so ,malam tu memang kita orang chat jelah ..save kredit...dia pun say sori dekat aku ,sebab tak text aku seminggu dah ...katanya duit kopak ,takde gaji lagi ...s0 k..aku sekarang dah paham dah dengan keadaan masa dia..so ,memang tak pikir negatif langsung pasal dia..emm ,semalam aku masih tanya soalan yang sama juga aku pernah tanya dekat dia sebelum ni ..

sori ,tanya lagi kan ..maaf ~ then ,sebelum tu dah dua kali aku terasa dengan kata-kata dia..tapi aku tak keep pun ..mungkin apa yang dia cakap tu ,ada betul juga...nevermind..dah lama aku lupakan..ha,sebelum ni ada lagi satu si kembar aku boleh plak tanya ..
tak text dengan putera kamu kew ??? 
say me: dah ,tadi ..mungkin juga dah tidur ...kalau hang nak tahu ,kalau dah lebih 10 minit dia tak balas text aku maknanya dia dah tidur la..
wani say: ambo0i ,dah tahu yek semua jadual dia ..bila dia busy ..bagus-bagus..tak lama lagi nasi minyak ni...

inilah kembar aku ..yang asyik menyakat je..mentang-mentang dia masih dalam percalonan kan ..asyiklah aku saja yang kena...
korang nak tahu tak ,si dia ni ...kalau korang pergi rumah dia dah macam tempat pembiakan kucing ...ya allah ,comel-comel kucing yang si dia bela ...betapa comelnya kan..yang aku suka si budong dan adik ..geram aku tengok ..MANJA ..mama suri kurang minatlah ..tak tahu kenapa..
ni BUDONG ,comel kan dia...macam aku comelnya..hahaha,PERASAN SUDAH !
katanya ,ada kucing baru lagi dekat rumah dia...aku pun tak pasti berapa ekor dah dia bela :D tak sempat nak mengira ,haa korang nak tahu tak ,berapa kali je dia dah datang kat rumah aku :
  1. masa dia hantar aku balik ..masa mula-mula keluar DATE dengan dia.
  2. hantar bubur lambuk masa bulan  ramadhan.
  3. masa rumah dia ada buat tahlil,hantar berkat ..tapi malamnya datang rumah dia..dapat lagi berkat..
  4. malam tu ,datang lagi rumah aku ..sebab dia nak hantarkan ..ikut saja.
  5. masa RAYA la kan, raya keempat.
  6. dia nak pulangkan phone aku ..gara-gara aku menggatal sangat nak bawak phone at hostel kan.
  7. adanya doa selamat ...wah ,lama dia stay dekat rumah aku ..hehehe ,sampai tak terlayan tertamu aku kat luar sana...
oke,setakat ni baru 7 kali la dia datang rumah aku ...rasanya dia kot paling kerap datang rumah aku..hehehe,,takpe...mak ayah aku pun tak kisah sebab mak ayah dah kenal dia dah ..sori la wak ,awak tak pandai kenal lagi kan perangai saya sepenuhnya ...tapi pasal awak saya dah tahu sikit-sikit dah..tu yang saya cuba kawal kan diri saya untuk tak nak buat awak terasa dengan kata2 saya..kalau boleh ,setiap perbuatan ,perkataan saya nak jaga ...tak nak lukakan hati awak ..aku nak jaga dia sebaiknya...macam mana keadaan aku jaga diri aku ,keluarga aku...
emm ,mungkin juga perempuan lebih menonjol dalam perhubungan ni..tapi tidaklah semua..ada juga lelaki kan ...bagi aku dengan dia ,kami dalam perhubungan yang COOL saja..hehehe...sebab masing-masing rendahkan ego sendiri..
malam tu ,lepas dia balik dari pjk ,dia text aku then dia terus pi futsal...text punya text dia bagitahu dekat aku yang dia nak lewatkan pasal kemahiran yang dia nak pergi tu...katanya dia nak kerja part-time kat sini dulu..oke,aku tak kisah pun..hak dia,aku sokong dari belakang saja..aku pula 27 ni dah kena gerak pergi PD ..sedihnya...tapi hati aku tetap tinggal di JOHOR tau,cuma bayang-bayang aku je ada kat PD tu..hehehe,tak lupa juga ,nanti TEDDY aku nak angkut juga..peduli apa aku..
so dalam perhubungan pasangan tu mestilah masing-masing ada sifat KEJUJURAN,KESETIAAN,SALING MEMAHAMI,yang penting kawal tahap CEMBURU tu...jangan disebabkan  terlalu ikut ego buatkan perhubungan tu ,lesap begitu jek..
tapi tengok pada keadaan juga...kalau JODOH kita dipanjangkan ,teruskan saja perhubungan tu..klau dah TIADA JODOH jangan la memaki hamun sampai berdendam ..itulah lumrah untuk manusia yek..
allah dah tentukan mana pasangan kita nanti..kita hanya mampu merancang saja dan allah yang menetukan.
cuba buka link ni ...

dia pernah kata ,cikgu dia cakap dekat dia:
kalau kawan ,takde niat nak berkahwin dengan orang tu ..haram jawabnya..
ada sesetengah kawan aku supp0rt jangan terlalu obses sangat dan jangan terlalu ikutkan perasaan sangat ..nanti tak dapat ,kita juga yang frust menonggeng nanti kan ..tak ke susah ..jadik ,dekatkan la dengan allah ,dan perbanyakkanlah doa kepadanya agar perhubungan direstui ..insyaallah allah akan mendengar doa kita tu..
ok la,habis dah story kita ....maaflah yek panjang ~kalau dah terajin sangat kan ,dari A ~Z la cerita aku ni .. assalamualaikum ,

No comments:

Post a Comment

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN,JANGAN SAMPAI NASI DAH JADI BUBUR,INGAT SEBELUM TERKENA,