assalamualaikum

Shoutbox

cinta monyet ~



Perasaan cinta dan kasih sayang adalah fitrah manusia.Jika perasaan itu diuruskan dengan betul nescaya akan membawa kebahagiaan dan keharmonian hidup manusia.Namun perasaan cinta juga tidak akan terlepas melanda pelajar-pelajar sekolah yang baru mahu belajar pengertian hidup remaja yakni rasa cinta antara lelaki dan perempuan di kalangan kawan sekelas atau kawan sesekolah.Cinta demikian dikenali di negara kita sebagai cinta monyet .

Memang perasaan semula jadi manusia suka dikasihi,suka disayangi,suka dicintai,suka diambil peduli,suka dipuji,suka merajuk dan suka pula dipujuk.Kebetulan pula sesetengah pelajar yang berusia belasan tahun mudah terperangkap di dalam situasi ini macam saya.Maka wujudlah istilah bagi saya cinta hingclass yang merujuk perasaan cinta sekejap kerana ditipu oleh perasaan keremajaan itu.Pada masa dilamun perasaan cinta ini maka dirasai bahawa dunia ini cukup indah dan se0lah-olah penghuni dunia ini hanyalah aku dan engkau sahaja.

Apa yang hendak dibincangkan di sini ialah perasaan cinta begitu adalah permainan perasaan remaja sahaja,dan rasanya tidak keterlaluan jika dikatakan satu perasaan macam cermin tipu daya sahaja.Ada beberapa alasan yang harus kita perhatikan untuk membuktikan bahawa perasaan cinta itu adalah satu perasaan yang menipu.Sebab jarang sangat pelajar yang dilamun cintaini berkahwin setelah keluar dari sekolah nanti.Sebaiknya apa yang banyak dapat kesan adalah perkara tersebut :

  1. pelajaran merosot 
  2. berdua-duaan
ini la antara nya banyak berlaku pada zaman kita sekarang ..saya bukan la nak cakap apa ,saya pun masih dalam senarai ini juga ...cinta ...tapi perasaan dan hati masih dapat dikawal lagi ..alhamdulilah ,

jadik ,bercinta tu jangan la sampai boleh melalaikan korang semua yek ...mesti kena tumpukan pada yang sepatutnya juga ...jadik pertimbangkan la yek ...lagi satu ,adab tu mestilah kawal ...jangan terlalu ikutkan nafsu..

No comments:

Post a Comment

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN,JANGAN SAMPAI NASI DAH JADI BUBUR,INGAT SEBELUM TERKENA,